Monday, November 7, 2011

UDA Holdings Bhd & Tapak Penjara Pudu: Kenapa Terburu-buru

Pengerusi UDA Holdings Bhd terkilan kerana terpaksa menampung kos tambahan berjumlah RM8 juta setahun akibat arahan oleh Kerajaan supaya UDA menilai semula cadangan pembangunan tapak Penjara Pudu. Lihat sini: Utusan Malaysia Online - Korporat.



Menurut satu laporan oleh TheEdge Malaysia 24hb Oktober, Kementerian Kewangan (MoF) akan ambil-alih hutang UDA kepada Khazanah Nasional Bhd berjumlah RM406.8 juta, dan menghapuskira faedah tertunggak kepada MoF berjumlah RM97.02 juta. Langkah campurtangan ini akan memberi kelegaan aliran tunai kepada UDA.


UDA sebenarnya boleh menarik nafas lega kerana langkah ini merupakan satu lagi bail out. RM97.02 juta bukanlah jumlah yang kecil dan ia boleh menjadi isu di Parlimen. Sepatutnya teraju tertinggi UDA segera mengemukakan cadangan alternatif mengikut saranan MOF dan bukannya mengomel di media.


Sila contohi TNB, walaupun terpaksa menanggung kos tambahan tenaga alternatif mencecah RM400 juta sebulan akibat kekurangan bekalan gas dari Petronas, TNB gigih mencari penyelesaian dan berunding dengan Kerajaan dan institusi kewangan.


Sebagai entiti GLC, UDA mempunyai dwi-tanggungjawab iaitu financial and social Return On Investment.

No comments:

Post a Comment