Tuesday, November 22, 2011

Laporan Ketua Audit Negara 2010

Penduduk Malaysia pada 2010 adalah 26,784,965 orang. Hampir 1.3 juta dari mereka merupakan penjawat awam dan tugas mengaudit kerja mereka setiap tahun cukup mencabar. Di kebanyakan organisasi, jabatan audit merupakan satu jabatan yang paling tidak disenangi. Kehadiran mereka dianggap semata-mata mencari kesalahan orang lain.

Namun tugas Jabatan Audit Negara (JAN) perlu dinilai secara adil iaitu melalui hasil kerja mereka. Contohnya, pada Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2010 kesilapan meletakkan tanda titik dan koma oleh kakitangan di Bahagian Pasca Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam telah menyebabkan pencen RM214.33 menjadi RM21,433. Ia berlarutan selama 16 bulan iaitu dari Jan 2006 sehingga Mei 2007, membabitkan sejumlah RM133,051 telah terlebih bayar.

JAN juga bertanggungjawab mengaudit syarikat-syarikat subsidiari kerajaan persekutuan dan negeri (GLC). Terdapat 6 GLC yang mencatat kerugian pada tahun kewangan 2009 tetapi membayar bonus kepada kakitangan. Mimos Bhd secara konsisten membayar bonus antara 2-3 bulan walaupun mencatat kerugian untuk dua tahun berturut-turut. Salah seorang ahli lembaga pengarah (ALP) Mimos merupakan mantan Presiden badan pengelola perakaunan negara yang masih aktif yang sepatutnya arif tentang etika pembayaran elaun, bonus dan emolumen.

LKAN merupakan manifestasi amalan 'check and balance' pengurusan kewangan negara dan harus dilihat secara positif oleh semua pihak, kecuali beberapa kerat tertentu yang mempunyai sesuatu yang hendak disembunyikan.

Terima kasih..

No comments:

Post a Comment