Kuasa politik menjadi benteng utama bagi menjamin 'sustainability' bangsa Melayu. Model Melayu masa depan perlu dibentuksemula supaya terus berdaya saing. Kini wujud percambahan idea tentang model untuk Melayu menerajui masa depan.
Golongan konservatif masih inginkan perlindungan mutlak dalam bentuk pemberian terus tender, kuota dan layanan istimewa, tanpa sebarang pertikaian oleh kaum lain. Mereka membaca Utusan Malaysia dan Harian Metro. Islam-Melayu menjadi isu utama dan sebarang usaha menggugat status islam dan melayu akan menjadi isu emotional.
Golongan ultraliberal mahukan persaingan mutlak kerana merasakan mereka sudah bersedia menghadapi persaingan terbuka. Golongan bandar ini sebahagian besarnya mempunyai keluarga berdapatan tinggi, berkelulusan luar negera (atau membesar di luar negara), menyokong pasukan Arsenal dan tangkas mengendalikan gajet dan advanced social media features serta penguasaan bahasa inggeris lanjutan.
Najibnomics melalui ETP mencuba untuk mempelopori jalan tengah antara kedua-dua kelompok orang Melayu ini. Percubaan memperkenalkan proses liberisasi ekonomi terancang seperti yang terkandung dalam program 1Malaysia dan ETP ditentang oleh NGO seperti Perkasa dan Persatuan Kontraktor Melayu. Akhirnya beberapa kompromi terpaksa diwujudkan seperti pemberian 40% kontrak MRT kepada entiti korporat Bumiputra.
Terdapat sub-group yang berpengaruh antara kedua-dua ekstrem ini. Antaranya pemilik syarikat tersenarai dan golongan profesional dalam GLC serta MNCs yang mengekalkan identiti melayu walaupun bergaul dengan masyarakat antarabangsa dalam karier mereka. Mereka tidak menyokong wawasan Perkasa, namun masih belum yakin terhadap idea menghapuskan keistimewaan melayu /islam secara total dalam dasar kerajaan.
Tidak ada keunikan ketara dalam isu ini kerana kaum lain juga menghadapi persoalan yang sama. Kaum cina mempunyai isu kuning dan putih (banana vs papaya). Yang penting adalah kesediaan untuk bersetuju untuk tidakbersetuju secara bertamaddun dan menjadikan perbahasan isu masa depan Melayu sebagai suatu proses yang berterusan.
Dan dalam proses tersebut, hendaklah dipastikan kuasa politik kekal di tangan kaum Melayu. Insya allah.
No comments:
Post a Comment