Monday, February 24, 2014

Malaysian Airlines is in the news again. For the wrong reason. RM1.173 billion losses. For 2013 financial year. Bola tanggung. I told you so, says Tony Fernandes. There is a strong resistant to changes inside MAS. There are 8 staff unions. Getting their buy-ins are not easy. One possible, drastic solution available. Massive voluntary separation scheme, with specific target group identified. Lure the recalcitrant employees with attractive separation packages. And a firm political commitment will definitely helps. Otherwise, MAS will continue to become the mockery of the weak financial strategic management.

Sunday, April 29, 2012

Perlukah Bank Negara Hadkan Jumlah Cek Tunai?

Urusniaga korporat selalunya perlukan babitkan bayaran dalam nilai yang besar, mencecah ratusan juta ringgit. Kaedah pembayaran yang lazim adalah cek atau draf bank. Pembayaran bernilai besar terutama untuk menunaikan cek tunai bukanlah satu kelaziman dan memerlukan pihak Bank pembayar membuat pengesahan lebih teliti, bukan sekadar panggilan telefon kepada penandatangan. Pengurus selalunya akan ke kaunter, berbual dengan penunai cek berkenaan, untuk memastikan beliau tidak diekori oleh mana-mana individu yang barangkali merupakan tukang ugut atau perompak. Namun di peringkat dasar, badan pemantau seperti Bank Negara (BNM) atau Suruhanjaya Sekuriti (SC)boleh melakukan sesuatu terutama apabila membabitkan pengeluaran tunai bernilai puluhan juta ringgit. Insiden sedemikian sepatutnya mencetuskan syak wasangka kerana adalah manjadi sesuatu yang luar biasa apabila pengeluaran tunai dibuat dalam nilai yang banyak terutama oleh syarikat awam tersenarai. Kes terbaru mambabitkan sebuah syarikat tersenarai iaitu Xian Leng Holdings Bhd yang terbabit dalam industri penternakan ikan dalam sangkar di Batu Pahat. Sejumlah RM85.7 juta bayaran dijelaskan kepada empat kontraktor yang kononnya menjalankan kerja pembinaan kolam ikan syarikat berkenaan. Bayaran tersebut dijelaskan menggunakan empat keping cek tunai melalui sebuah syarikat pengurupan wang yang 80%sahamnya dikuasai oleh salah seorang pengarah Xian Leng. Satu siasatan audit khas telah dilancarkan, laporan polis juga telah dibuat dan Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman sedang melakukan siasatan. Adalah disyaki bahawa pembayaran tersebut adalah tidak sah dan besar kemungkinan kerja pembinaan yang dilakukan tersebut sebenarnya tidak wujud. Jika pengarah syarikat tersenarai berani membuat penyelewengan sedemikian, sudah tentulah lagi banyak kes sedemikian berlaku di syarikat-syarikat persendirian. Ini juga mengimbau kita kepada kes-kes seperti Transmile Bhd, Fountain View Development Bhd dan beberapa kes lain di mana nilai pendapatan telah dilonjakkan melalui pelbagai kaedah termasuk invois jualan atas urusniaga yang tidak wujud serta penghutang yang sengaja diwujudkan. Barangkali satu mekanisma atau garispanduan harus diwujudkan di mana sebarang urusniaga membabitkan cek tunai bagi jumlah tertentu direkodkan secara otomatik di dalam pengkalan data BNM atau SC. Alternatif lain adalah untuk menghadkan jumlah maksima cek tunai untuk syarikat-syarikat awam di Malaysia. Pengurusan kewangan syarikat awam tersenarai tertakluk kepada undang-undang ketat seliaan SC dan sepatutnya menjadi antara elemen utama sistem pemantauan tersebut. Insiden yang membabitkan Xian Leng ini jelas mencemarkan imej dan reputasi pasaran modal di Malaysia kerana ia menggambarkan betapa rendah kesedaran tentang amalan tadbir urus korporat dan transparensi syarikat awam negara. Kewujudan jawatan kuasa audit di peringkat lembaga pengarah juga nampaknya belum berfungsi dengan berkesan dalam mencegah insiden sedemikian. Semuga selepas ini pemantauan lebih intensif akan berlaku dan keyakinan pelabur dalam dan luar negara, runcit dan institusi akan labih meningkat.

Tuesday, December 27, 2011

External Auditors & Multi Billion Dollar Accounting Scandal

At the end of 2008, Satyam Computer Services was one of the darlings of India's IT outsourcing sector. With annual revenues of over USD1 billion, its clients were spread across the globe and included a healthy swathe of Fortune 500 companies. It was the winner of the World Council for Corporate Governance's Golden Peacock Award and a few years earlier Ernst & Young named Satyam's founder and Chairman, B Ramalinga Raju, Entrepreneur of the Year.

7 January 2009, Raju resigned and confessing to hiding about USD1 billion in cash shortfalls. In a letter made public, he admitted he had been fixing the books for seven years. He wrote; 'It was like riding a tiger, not knowing how to get off without been eaten.'

Recently in Japan, a sudden ousted of a British-born, non-japanese speaking CEO, accidentally led to discovery of over 15-years cooking of accounting books in Olympus Corporation. Over USD1.7 billion money was involved. The ousted CEO, Michael Woodford, an Olympus veteran of 30 years, was speculated as being there as puppet to the Board.

What was interesting in the two incidents above is the failure of the external auditors to detect the misappropriation of accounting records for a very long time, involving a substantial amount of money. In Olympus case, the prior auditor, KPMG AZSA LLC does not want to participate in a probe conducted by a panel set up by Ernst & Young ShunNihon LLC.

In US, audit firms involved would opted for out of court settlement. A compensation will be paid to the financial authority, without admission of negligence. The victims would be the investors, losing their money without knowing the real truth of what was really happening, leaving them with no choice except for civil suit to recover their investment.

Tuesday, December 20, 2011

Malaynomics Dan Kuasa Politik

Kuasa politik menjadi benteng utama bagi menjamin 'sustainability' bangsa Melayu. Model Melayu masa depan perlu dibentuksemula supaya terus berdaya saing. Kini wujud percambahan idea tentang model untuk Melayu menerajui masa depan.

Golongan konservatif masih inginkan perlindungan mutlak dalam bentuk pemberian terus tender, kuota dan layanan istimewa, tanpa sebarang pertikaian oleh kaum lain. Mereka membaca Utusan Malaysia dan Harian Metro. Islam-Melayu menjadi isu utama dan sebarang usaha menggugat status islam dan melayu akan menjadi isu emotional.

Golongan ultraliberal mahukan persaingan mutlak kerana merasakan mereka sudah bersedia menghadapi persaingan terbuka. Golongan bandar ini sebahagian besarnya mempunyai keluarga berdapatan tinggi, berkelulusan luar negera (atau membesar di luar negara), menyokong pasukan Arsenal dan tangkas mengendalikan gajet dan advanced social media features serta penguasaan bahasa inggeris lanjutan.

Najibnomics melalui ETP mencuba untuk mempelopori jalan tengah antara kedua-dua kelompok orang Melayu ini. Percubaan memperkenalkan proses liberisasi ekonomi terancang seperti yang terkandung dalam program 1Malaysia dan ETP ditentang oleh NGO seperti Perkasa dan Persatuan Kontraktor Melayu. Akhirnya beberapa kompromi terpaksa diwujudkan seperti pemberian 40% kontrak MRT kepada entiti korporat Bumiputra.

Terdapat sub-group yang berpengaruh antara kedua-dua ekstrem ini. Antaranya pemilik syarikat tersenarai dan golongan profesional dalam GLC serta MNCs yang mengekalkan identiti melayu walaupun bergaul dengan masyarakat antarabangsa dalam karier mereka. Mereka tidak menyokong wawasan Perkasa, namun masih belum yakin terhadap idea menghapuskan keistimewaan melayu /islam secara total dalam dasar kerajaan.

Tidak ada keunikan ketara dalam isu ini kerana kaum lain juga menghadapi persoalan yang sama. Kaum cina mempunyai isu kuning dan putih (banana vs papaya). Yang penting adalah kesediaan untuk bersetuju untuk tidakbersetuju secara bertamaddun dan menjadikan perbahasan isu masa depan Melayu sebagai suatu proses yang berterusan.

Dan dalam proses tersebut, hendaklah dipastikan kuasa politik kekal di tangan kaum Melayu. Insya allah.

Tuesday, November 22, 2011

Laporan Ketua Audit Negara 2010

Penduduk Malaysia pada 2010 adalah 26,784,965 orang. Hampir 1.3 juta dari mereka merupakan penjawat awam dan tugas mengaudit kerja mereka setiap tahun cukup mencabar. Di kebanyakan organisasi, jabatan audit merupakan satu jabatan yang paling tidak disenangi. Kehadiran mereka dianggap semata-mata mencari kesalahan orang lain.

Namun tugas Jabatan Audit Negara (JAN) perlu dinilai secara adil iaitu melalui hasil kerja mereka. Contohnya, pada Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2010 kesilapan meletakkan tanda titik dan koma oleh kakitangan di Bahagian Pasca Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam telah menyebabkan pencen RM214.33 menjadi RM21,433. Ia berlarutan selama 16 bulan iaitu dari Jan 2006 sehingga Mei 2007, membabitkan sejumlah RM133,051 telah terlebih bayar.

JAN juga bertanggungjawab mengaudit syarikat-syarikat subsidiari kerajaan persekutuan dan negeri (GLC). Terdapat 6 GLC yang mencatat kerugian pada tahun kewangan 2009 tetapi membayar bonus kepada kakitangan. Mimos Bhd secara konsisten membayar bonus antara 2-3 bulan walaupun mencatat kerugian untuk dua tahun berturut-turut. Salah seorang ahli lembaga pengarah (ALP) Mimos merupakan mantan Presiden badan pengelola perakaunan negara yang masih aktif yang sepatutnya arif tentang etika pembayaran elaun, bonus dan emolumen.

LKAN merupakan manifestasi amalan 'check and balance' pengurusan kewangan negara dan harus dilihat secara positif oleh semua pihak, kecuali beberapa kerat tertentu yang mempunyai sesuatu yang hendak disembunyikan.

Terima kasih..

Monday, November 14, 2011

NFC Fiasco And Women Leaderships

There are too many issues for Najib to address when it comes to business affairs involving opportunistic people in his administration. Latest being National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC), a special lembu project.

When the fundamental issues of awarding the project itself was flouted, it is better to acknowledge the mess and undertake immediate corrective measures. There are many business and financial impropriety to be learned in cases like PKFZ and Penang International Tuna Port (PITP) where Govt became exposed to financial risks as guarantor to the bonds issued. People expect ( and were promised) better transparency under Najib's admin. Yet, NFC is a recurrence and worse when the ventures involved a husband of a serving minister.

The Govt Transformation Programme (GTP) has documented aspiration to ensure a value for money management of people's money and improving outcomes including "...set up of a high-powered task force headed by Chief Secretary to study the (2008) Auditor General's report and take action against those responsible for the financial irregularities it revelaled.."

It used the word 'financial irregularities' and the NFC incidents is rightly deserved an immediate scrutiny from this task force. I believe the rakyat want to see that under Najibnomics, it is about walk the talk. Shahrizat is now a heavy liability to Umno, BN, Govt, Wanita and women leadership in Malaysia.

She shoud not be in the coming GE lists. Her senatorship should not be extended.Period.

Monday, November 7, 2011

UDA Holdings Bhd & Tapak Penjara Pudu: Kenapa Terburu-buru

Pengerusi UDA Holdings Bhd terkilan kerana terpaksa menampung kos tambahan berjumlah RM8 juta setahun akibat arahan oleh Kerajaan supaya UDA menilai semula cadangan pembangunan tapak Penjara Pudu. Lihat sini: Utusan Malaysia Online - Korporat.



Menurut satu laporan oleh TheEdge Malaysia 24hb Oktober, Kementerian Kewangan (MoF) akan ambil-alih hutang UDA kepada Khazanah Nasional Bhd berjumlah RM406.8 juta, dan menghapuskira faedah tertunggak kepada MoF berjumlah RM97.02 juta. Langkah campurtangan ini akan memberi kelegaan aliran tunai kepada UDA.


UDA sebenarnya boleh menarik nafas lega kerana langkah ini merupakan satu lagi bail out. RM97.02 juta bukanlah jumlah yang kecil dan ia boleh menjadi isu di Parlimen. Sepatutnya teraju tertinggi UDA segera mengemukakan cadangan alternatif mengikut saranan MOF dan bukannya mengomel di media.


Sila contohi TNB, walaupun terpaksa menanggung kos tambahan tenaga alternatif mencecah RM400 juta sebulan akibat kekurangan bekalan gas dari Petronas, TNB gigih mencari penyelesaian dan berunding dengan Kerajaan dan institusi kewangan.


Sebagai entiti GLC, UDA mempunyai dwi-tanggungjawab iaitu financial and social Return On Investment.